Khamis, 20 Oktober 2011

~sabarlah duhai hati~



· Cawan yang penuh dengan air jika dipegang selama 1minit, kita tidak akan rasa penatnya.

· Cawan yang penuh dengan air jika dipegang selama 1jam, kita mula terasa lenguhnya.

· Tetapi, jika cawan yang penuh dengan air jika dipegang selama 1hari, mungkin kita boleh pengsan kerana kepenatan memegangnya.

~ Jika kita mempunyai masalah, bersabarlah dan cariklah ketenangan dahulu, kemudian apabila sudah tenang barulah fikirkan kembali masalah tersebut.



* Setiap manusia akan diuji oleh ALLAH. Mustahil jika seseorang itu tidak mempunyai masalah di dalam dunia ini.

* ALLAH uji hambaNYA kerana ALLAH ada rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH ingin tambahkan iman atau ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.

* Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, mendidik kita supaya tidak mudah berputus asa dan sabar dalam setiap dugaan yang diberi.

* Jika ALLAH menguji kita, ingatlah bahawa bukan kita sahaja mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat atau saudara kita yang menghadapi musibah sama bahkan lebih teruk dari kita.

* Ingatlah bahawa dalam Al-Quran ALLAH ada mengingatkan kita bahawa ALLAH tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan kita. ALLAH tahu kita kuat untuk menghadapi ujian dariNYA. ALLAH menguji seseorang itu bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH sangat sayangkan kita. Cuma kita sebagai hambaNYA tidak pernah sabar dalam menghadapi ujianNYA. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

KATA-KATA HIKMAH~

Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan tetapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat ALLAH sentiasa bersamamu.

Jika ditimpa musibah:

1. Bersabar

2. Berdoa pada ALLAH supaya musibah itu dapat diatasi dengan mudahnya.

Jika tidak rasa kuat semasa menghadapi musibah:

~cariklah sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang ingin jatuhkan kita. Inilah pentingnya sahabat kerana kita tidak boleh hidup berseorangan di dalam dunia ini.

Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa REDHA dan SABAR dengan ujianNYA

2 ulasan: