Ahad, 23 Januari 2011

~sihiR~

Sihir ialah penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh Teknologi Moden/Penyakit Kronik .

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


CONTOH SIHIR YANG MASIH TERKENAL


PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.



TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati

SUSUK
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan seperti kebal, kecantikan, kuat. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna seperti emas, tembaga.

CONTOH ILMU SUSUK

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Sihir dalam sejarah masyarakat dahulu

Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Orisis" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir

Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.

Kisah sihir dalam Quran

  • Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.
  • Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
  • Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
  • Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.

Kedudukan sihir dalam Islam

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.

Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.

Sihir di Alam Melayu

Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  1. Melindung diri
    1. Kebal
    2. Perubatan
  2. Mendapatkan kelebihan
    1. kesaktian
    2. Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
    3. Perapun
    4. Gagah
    5. Perangsang
    6. Penderas
    7. Pukau
  3. Mengawal/Memusnahkan musuh
    1. Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
    2. Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
    3. Pelalai
    4. Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
  4. Meramal masa hadapan
  5. Alimun
  6. Santau

contoh ilmu kebal

Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-

  1. Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
  2. Azimat
  3. Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.

Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-

  1. Menggunakan ayat-ayat suci
  2. Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
  3. Menggunakan bantuan makhluk halus lain.

Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-

  1. Pawang -
  2. Dukun -
  3. Bomoh -
  4. Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.

Sihir dalam rujukan budaya pop

Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.

Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam ceritaBewitched, Charmed dan The Craft.

Ahli sihir moden pula telah menukar gelaran mereka daripada nama ahli sihir kepada AHLI SILAP MATAdan sanjung tinggi oleh ramai rakyat malaysia dan luar negara sekarang. Antara rancangan popular mereka ada di tv malaysia ialah seperti Criss Angel, David Copperfield. Persoalanya sekarang, Ahli sihir atau AHLI SILAP MATA di tv sekarang diagungkan dan di biarkan oleh jabatan paling tinggi yang kononnya menjaga umat islam dan melayu atau oleh pihak media yang suka kontroversi kononnya suka menegakkan kebenaran ,tetapi kenapa banyak ilmu perubatan , ilmu seni mempertahankan diri atau ilmu islam disekat dan dihina sebagai tak masuk akal??? Dan begitu cepat pula benda yang tak nampak di ambil tindakan tetapi benda yang jelas dan didepan mata dibiarkan sahaja seperti tiada apa yang berlaku.

O.:ajArAn seSat.:O


Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul) kerana ia diasaskan atas tiga komponen utama iaitu AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK. Ketiga-tiga komponen ini menjadi tonggak utama kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam.

Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu AL-QUR‘AN DAN AS-SUNNAH. Maka keselamatan umat Islam di dunia dan di akhirat adalah ditentukan kepada ukuran sejauh mana seseorang itu berpegang teguh kepada kandungan Al-Qur‘an dan As-Sunnah.

Hal ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik Radiallahu ‘anhu yang bermaksud

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Qur‘an) dan sunnah RasulNya”

(Hadis riwayat Malik)

Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam telah dilanda oleh pelbagai kecelaruan dalam memahami tentang akidah Islam yang sebenar. Kita merasa amat dukacita dalam suasana keghairahan umat Islam hendak mendekati dan menghayati ajaran Islam ini, ada di kalangan umat Islam yang masih teraba-raba mencari kebenaran tersebut. Natijahnya menyebabkan sebahagian umat Islam terjebak ke dalam fahaman dan ajaran sesat yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu yang mempunyai kepentingan hawa nafsu dan kebendaan.

Di negara kita, berdasarkan kajian dan penyelidikan serta penyiasatan pihak-pihak berkenaan terdapat beberapa kumpulan ajaran sesat yang pernah aktif dan mengancam akidah umat Islam, kebanyakan dari mereka terlibat dengan amalan-amalan yang meragukan dan bertentangan dengan akidah Islam yang sebenar. Walau bagaimanapun dengan usaha pemantauan yang gigih dari pihak berwajib, kumpulan-kumpulan tersebut telah dapat ditumpaskan dari terus berkembang.


ajaran sesat

Sebelum kita kupas isu ini dengan lebih mendalam lagi, marilah sama-sama kita selidiki apakah sebenarnya ajaran sesat ini?

PENGERTIAN AJARAN SESAT

  • Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

KENAPA MUNCULNYA AJARAN SESAT??

  • Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
  • Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT ADALAH:

  • Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansuh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
  • Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
  • Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
  • Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
  • Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
  • Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
  • Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
  • Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
  • Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

APAKAH KESAN BURUK AKIBAT MENGAMALKAN AJARAN SESAT??

1. KESAN TERHADAP INDIVIDU:

(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam

rosaknya akidah individu

(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat

(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik

(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. KESAN TERHADAP MASYARAKAT:

(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;

(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. KESAN TERHADAP NEGARA:

(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;

(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

* ajaRan seSat*

Khamis, 20 Januari 2011

:.AURAT WANITA MUSLIMAH.:


AURAT (Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah WAJIB ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas seperti emas dan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan di tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Maka dengan ini isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat oleh orang lain dengan begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Namun begitu, suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya jika wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, mereka akan dikatakan bahawa mereka tidak mengikut peredaran zaman.

Sebenarnya Islam TIDAK MELARANG wanita atau isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah. Oleh sebab itu, marilah kita hayati kembali di manakah sebenarnya aurat seorang wanita agar kita sentiasa berada dalam landasan yang benar.

Bagi wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.

* SEWAKTU SEORANG DIRI – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.

* SEWAKTU BERSAMA AJNABI – auratnya ialah seluruh tubuhnya.

* SEWAKTU MENGHADAP ALLAH (SOLAT) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.

* SEWAKTU BERHADAPAN DENGAN WANITA BUKAN ISLAM ATAU WAKTU BEKERJA – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

* SEWAKTU BERSAMA PEREMPUAN ATAU MAHRAM – auratnya ialah bahagian antara pusat dengan lutut.


Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya. Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Dengan demikian haruslah diambil perhatian bahawa perkara inilah yang sering perempuan masa kini alpa mengenai aurat mereka.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.’’ [HR Abu Dawud]

Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras dada hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.

Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih GLAMOR daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Perlu diingatkan kembali bahawa aurat seorang wanita bukan hanya rambutnya sahaja tetapi seluruh tubuh badan yang dijelaskan seperti di atas.

Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.



Isnin, 3 Januari 2011

alhamdulillah..semuanya berjalan dgn lancar..i'm happy!



syukur sgt2..sume yg dirancg bjalan dgn mudhnya.alhamdulillah :)
ok la..jom kite undo blek ke tarikh ni..3/1/2011..


pg2 dlm kul8..
menjejakkn kaki ke dwn sri tanjung utk mggu orentasi thn 2o11
aish..orentasi lg..haha
layan jela..
emm..tp yg beznye..
ilang dh 'P' kt pgkal word ni..
PPISMP telah btukar mnjadi PISMP..
cayalah aini!
berjaya gk melangkah masuk ke dgree.. (kembang jap!)
1thn 1/2 mngharungi duk kt mktb ni..
hoho..suka duka tlampau byk tuh..


*masuk dgree, keje akn jd bertimbun*

so mggu orentasi bmula dgn taklimat..
sume bab la masuk..
asrama, PBS, BIG..
mcm menarik je dgree ni..
semoga la kn..
hehe..

then dlm kul 2..
ade org anta msj cmni kt aku..
"sy dh tau result awk"
adeh!
bdk ni tiap kali sem, msti dye merasmikan tgk pointer aku..
nk mrh, kang menangis lak dye..
inilah akibatnye bila org tau angka giliran kita..
ok fine..
tgk la puas2..
yg pntg kne bgtau aini.n gtau pointer kamu gk
(selamat dye gtau, kalo x, cekik2 dye) =p

result aku..jeng..jeng...jeng..
MENURUN!
hoho..
frustated btl..
pulak tu bdk itu sgt hebat pointenye..
xpela aini, bsyukur la ye..
at least dlm lingkungan 3.50 above lg..
naseb bek xkne repeat pape paper..
alhamdulillah..



*result*

bile ptg lak, dlm kul 4..
abah amek kt mktb (1family dtg)..
suke2!
dtg utk uruskan motor aku..
yeah! dpt motor baru..
mmg sgt jakun (sebentar cume ye)
sbb dh lame tringin nk motr..
cume ibu xbg sgt..yela, ank prempuan, duk jauh lak..
dye risau la tu..
risau tanda syg kn?? (ibu syg aini la tu..hehe)
abah sng je nk pujuk..trus greenlght :)

akhirnya..
EGO S mnjadi milikku..
wane merah..cntik2!
nk wane itam sbenanye, tp kt kilang lg..
amek jela wane merah pn, cntik jugak kn =)
pasni sng la nk g mane2..xyah nek teksi, bas lg..
alhamdulillah..

*kini menjadi milikku*

ibu abah n adik2 sume dh slamat smpi rumah kul 11.30 td..
thanx sbb bg noraini motor..
kan ku ingt sume pesan ibu abah.. :)
~jgn bwk laju2
~jage elok2 motr

semoga semua kegembiraan ini akn selalu bersama hidupku
hidup ini indah!