Sabtu, 12 Februari 2011

x VALENTINE DAY x

ASSALAMMUALAIKUM…


Entri kali ini saya nak berkongsi ilmu sedikit mengenai HARI VALENTINE…

Disebabkan kita baru saja melangkah ke bulan Februari, rasanya entri ini amat bersesuaian untuk kita sebagai muslimin dan muslimat yang selalu dengar orang menyambut HARI VALENTINE ni..

Soalan-soalan yang biasa ditanya :

1. APAKAH hukum menyambut HARI VALENTINE dalam ISLAM?

2. BILAKAH HARI VALENTINE ni disambut?

3. Di negara MANAKAH sejarah VALENTINE ini bermula?

4. MENGAPAKAH Hari Valentine disambut?

5. SIAPAKAH yang mengasaskannya?

6. BAGAIMANAKAH HARI VALENTINE disambut?

Nampaknya banyak soalan yang boleh ditanya mengenai HARI VALENTINE ni kan..

Jadi, untuk mengetahui jawapan-jawapan bagi soalan di atas, mari kita sama-sama membaca maklumat yang saya dapat ni..ilmu kena kongsi sama-sama kan =)

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

*lafazkanlah ucapan ini*

Fatwa larangan sambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)

Fatwa larangan sambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)
Dikirim oleh epondok di Februari 8, 2011

Tulisan Ustaz Aizam Masod


Terkejut juga penulis apabila mendapati masih ada pihak yang mempromosikan Hari Kekasih @ Valentine’s Day. Bukankah telah ada fatwa yang mengharamkan sambutan hari Valentine ini? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.



Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :
i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.
Senario menyambut Hari Kekasih yang berlaku di kalangan muda-mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan