Khamis, 20 Oktober 2011

~sabarlah duhai hati~



· Cawan yang penuh dengan air jika dipegang selama 1minit, kita tidak akan rasa penatnya.

· Cawan yang penuh dengan air jika dipegang selama 1jam, kita mula terasa lenguhnya.

· Tetapi, jika cawan yang penuh dengan air jika dipegang selama 1hari, mungkin kita boleh pengsan kerana kepenatan memegangnya.

~ Jika kita mempunyai masalah, bersabarlah dan cariklah ketenangan dahulu, kemudian apabila sudah tenang barulah fikirkan kembali masalah tersebut.



* Setiap manusia akan diuji oleh ALLAH. Mustahil jika seseorang itu tidak mempunyai masalah di dalam dunia ini.

* ALLAH uji hambaNYA kerana ALLAH ada rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH ingin tambahkan iman atau ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.

* Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, mendidik kita supaya tidak mudah berputus asa dan sabar dalam setiap dugaan yang diberi.

* Jika ALLAH menguji kita, ingatlah bahawa bukan kita sahaja mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat atau saudara kita yang menghadapi musibah sama bahkan lebih teruk dari kita.

* Ingatlah bahawa dalam Al-Quran ALLAH ada mengingatkan kita bahawa ALLAH tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan kita. ALLAH tahu kita kuat untuk menghadapi ujian dariNYA. ALLAH menguji seseorang itu bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH sangat sayangkan kita. Cuma kita sebagai hambaNYA tidak pernah sabar dalam menghadapi ujianNYA. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

KATA-KATA HIKMAH~

Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan tetapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat ALLAH sentiasa bersamamu.

Jika ditimpa musibah:

1. Bersabar

2. Berdoa pada ALLAH supaya musibah itu dapat diatasi dengan mudahnya.

Jika tidak rasa kuat semasa menghadapi musibah:

~cariklah sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang ingin jatuhkan kita. Inilah pentingnya sahabat kerana kita tidak boleh hidup berseorangan di dalam dunia ini.

Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa REDHA dan SABAR dengan ujianNYA

Jumaat, 7 Oktober 2011

alhamdulillah..syukur nikmat ^_^










Alhamdulillah..

Hari ni Jumaat..hari Jumaat yg penuh bermakna dlm sejarah hidupku..(ayt skema)

Kisahnya bermula~



spt biasa, asmbly diadakan pd hari ni..

Hari ni perhimpunan bulanan..

Perhimpunan hari ni ada beberapa event yg penting..

Yg pertama..majlis persaraan ustazah wan maznah & cik che siah..

Yg plg bermakna buat diriku..majlis penyampaian sijil anugerah pengarah ^_^

Majlis penyampaian sijil anugerah pengarah ini diadakan utk meraikan student yg dpt pointer 3.80 above sem lepas..

Alhamdulillah..aku dapat anugerah ni..

Anugerah ni 1st time diadakan kt mktb aku..

Kalau kt universiti, org slalu panggil anugerah dekan..

Dulu selalu tertanya2 nape maktab xda anugerah mcm tu, tp skarang dh ada.. =)


Masa sekolah dulu, guna jugak sistem pointer ni..

Ade jugak anugerah mcm ni..

Kt sk dulu panggil anugerah pengetua..

Tp muka ni xpernah skali pun naik pentas dpt anugerah tu..

Uhh..sgt jelez tgk kwn2 yg laen dpt..

Dorg siap dpt mkn hotel lagi..hoho


Tp skarang, wlpun sikit terlambat merasa dpt anugerah ni drp kwn2 yg lain,

Alhamdulillah..dpt jugak merasa dpt anugerah ni..

Semoga anugerah ni akn memberi semangat kpdku utk terus belajar bersungguh2 ^_^


Tq kpd ibu & abah..sbb selalu doakan kejayaan kakak kt sni (syg ibu & abah ketat2)

Tak lupa jugak kpd lecturer yg memberi ilmu & mngajar sy tanpa erti penat lelah

Dan kpd kwn2 yg byk support sy..

Impian: Nak dpt lagi anugerah pengarah ni..nak jadi pensyarah muda

(doakan ye impian ni tercapai..amin)